10 Simptom Sakit Buah Pinggang


tanda buah pinggan anda rosak


Setiap manusia akan memiliki satu set buah pinggang. Buah pinggang adalah organ berbentuk seperti kacang merah yang terletak di sisi kanan dan kiri tulang belakang di atas bahagian pinggang kita.

Fungsi utama buah pinggang adalah sebagai penapis untuk membersihkan darah, memelihara keseimbangan garam dan mineral dalam tubuh dan mengawal tekanan darah.

Apabila buah pinggang mulai rosak, lebihan cecair dan sisa buangan tubuh tidak akan dapat dikumuh keluar dengan sempurna melalui air kencing.
Antara punca popular kerosakan buat pinggang adalah disebabkan oleh masalah diabetes atau kencing manis dan obesitiBahaya tabiat pemakanan seperti gemar mengambil makanan dan minuman manis atau minuman berkarbonat juga antara penyumbang utama masalah ini.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat simptom awal penyakit buah pinggang di bawah. 

10 tanda buah pinggang anda rosak

  • Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
  • Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  • Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  • Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  • Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  • Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
Anda perlu ingat  simptom awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan

Cara untuk mencegah penyakit buah pinggang


  • Jalani pemeriksaan ginjal.
  • Amalkan pemakanan seimbang.
  • Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
  • Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
 bagi mereka yang ingin mencegah dan mengawal sakit buah pinggang..bagus minum produk triple-t.

triple-t merupakan hasil kajian dr azlan selama 7 tahun.dijamin selamat.

triple-t merupakan hasil gabungan herba malaysia iaitu mas cotek & misau kucing.kedua-dua herba ini merupkan herba yang terbaik untuk sakit buah pinggang

TRIPLE-T berfungsi dengan 3 cara utama iaitu:
1. Mencuci organ (detoks) dari toksin dan bahan berbahaya.
2. Memperbaiki dan membina semula sel-sel hati dan buah pinggang yg rosak yg menjadi antara punca tubuh mendapat penyakit.
3. Membuang lemak dan kolesterol bahaya.

Serat Mampu Mengawal Kencing manis

Serat Mampu Mengawal Kencing manis


nak tahu lebih pasal triple-t??klick sini


Comments

Popular Posts