Penyakit Kencing Manis @ Diabetes
mengenali penyakit kencing manis atau diabetes
Apakah diabetes mellitus@kencing manis?
- Penyakit
diabetes mellitus @ kencing manis adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah
tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan
insulin.
- Keadaan
ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ
pankreas.
- Insulin
mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos
dari darah ke dalam sel.
- Sekiranya
anda mengalami diabetes mellitus @ kencing manis, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel,
ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.
Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus@kencing manis?
- Terdapat
dua jenis Diabetes Mellitus
- Diabetes mellitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia
meliputi > 90 % kes kencing manis.
Adakah penyakit kencing manis ini sering berlaku?
- Kejadian
diabetes mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia
dianggarkan kurang dari 1 %.
- Orang
dewasa selalunya mendapat diabetes mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah
kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat diabetes
mellitus jenis ini.
Apakah yang menyebabkan diabetes mellitus@kening manis?
- Sebab
diabetes mellitus terjadi dikalangan kanak-kanak tidak diketahui.
- Kemungkinan
ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
- Diabetes mellitus jenis 1: Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat jenis 1. Ia
adalah satu keadaan “antoimmune” di mana sistem imun badan pesakit
menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
- Diabetes mellitus jenis 2: Dilaporkan kerap terjadi dikalangan kanak-kanak di
negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan/obesiti.
- Sebab-sebab
lain termasuk kecacatan genetik fungsi pankreas di mana diabetes mellitus
berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the
young: MODY).
Apakah gejala penyakit diabetes mellitus@kencing manis?
Gejala
yang ditunjukkan oleh pesakit kencing manis jenis 1 bermula 1 minggu atau
lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin
mengadu:
- Kerap
kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
- Rasa
haus yang amat sangat.
- Berat
badan menurun.
- Rasa
letih lesu dan kurang tenaga.
Perhatian:
(Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya
dikenali sebagai “secondary enuresis”. Sekiranya anak anda mengalami masalah
ini, diabetes mellitus haruslah disyaki.
Gejala
tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:
- Sakit
perut dengan atau tiada muntah.
- Sakit
kepala.
- Masalah
tingkah laku.
- Mudah
mendapat jangkitan terutama di kulit.
Sekiranya
gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami
“diabetic ketoacidosis” (DKA).
Apakah “diabetic ketoacidosis”?
- Ia
adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang
tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru
atau koma.
- Dalam
keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera.
Anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi
cairan.
Diabetes
mellitus jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh.
Ibu bapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya
kurang jelas jika berbanding dengan diabetes mellitus jenis 1.
Masalah apakah yang timbul akibat diabetes mellitus?
Bermulanya
komplikasi bergantung pada jangka masa dan kawalan kencing manis. Komplikasi
ini hanya akan berlaku di kemudian hari iaitu semasa usia dewasa. Doktor anda
akan memberitahu sama ada diabetes mellitus anak anda terkawal atau tidak
apabila anda datang untuk lawatan susulan.
Tahap
glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya
komplikasi yang melibatkan organ-organ berikut:
- Ginjal:
kegagalan ginjal.
- Mata:
kebutaan.
- Jantung:
serangan sakit jantung, serangan angin ahmar.
- Salur
darah: tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak).
- Sistem
saraf: masalah deria.
- Organ
reproduktif: mati pucuk (impotent).
- Kaki:
masalah kaki (diabetic foot)
- Kulit:
jangkitan kulit berulang seperti bisul.
Komplikasi
ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan
susulan untuk ujian darah dan air kencing bagi mengesan sebarang komplikasi.
Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes@kencing manis?
Diabetes
boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
- Makan
makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula
dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol,
mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
- Senaman
dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat
mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman
merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk
menggunakan gula dalam darah dengan baik.
- Kajian
menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat
badan yang unggul
sumber: my health portal
bagi
mereka yang ingin mencegah dan mengawal gula dalam darah..bagus minum produk triple-t.
triple-t
merupakan hasil kajian dr azlan selama 7 tahun.dijamin selamat.
TRIPLE-T
berfungsi dengan 3 cara utama iaitu:
1.
Mencuci organ (detoks) dari toksin dan bahan berbahaya.
2.
Memperbaiki dan membina semula sel-sel hati dan buah pinggang yg rosak yg
menjadi antara punca tubuh mendapat penyakit.
3.
Membuang lemak dan kolesterol bahaya.
Comments
Post a Comment