Misau Kucing Herba Malaysia Yang Hebat
herba misau kucing khazanah herba malaysia
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya
boleh digunakan. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat
membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan
terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk
menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.
Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan
ubat-ubat moden. Dapat juga membantu penyakit lain seperti gout,
athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah
pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and
nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran
darah), Terkenal juga dengan khasiatnya
untuk pesakit kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah,
menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada
dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.
Misai
kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah
asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini
ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat
yang terdapat pada pokok misai kucing ini. Rasanya pasti ramai
yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat
popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.
Herba Misai Kucing telah digunakan
sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah
pinggang.
Kandungan ortosifonim dan garam
kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu
larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam
hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu
karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit
keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita.Penyelidikan semasa telah
mengenal pasti kesan-kesan Misai Kucing sebagai berpunca daripada komponen
fenolik dan flavonoid.
Sebatian-sebatian ini merangsang
pembersihan sel dan perlindungan yang lebih baik melalui beberapa kaedah.
Pertama, ia meningkatkan pembuangan asid metabolik dan natrium melalui ginjal (buah
pinggang), yang dipanggil diuresis, dengan cara yang tidak memudaratkan ginjal.
Ini menjadikannya antara bahan diuretik paling selamat di kalangan ubatan
herba.
Sesetengah daripada hasil
penyelidikan awal terhadap herba ini telah dibuat berhubung usaha menilai
kegunaannya sebagai rawatan tradisional untuk menghapuskan batu karang. Ia
merupakan salah satu daripada segelintir bahan herba yang telah diluluskan oleh
kerajaan Jerman untuk meningkatkan isi padu air kencing bagi mencegah batu
karang. Ia disyorkan khusus untuk mencegah pembentukan batu karang akibat asid
urik. Dos saranan untuk herba kering ialah 300 – 800 mg sehari, yakni kira-kira
1.5 – 4 gram daun segar.Selain itu, daun misai kucing juga digunakan sebagai
rawatan alternativ sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing
manis dan demam.
Tanaman ini juga boleh digunakan
sebagai bahan anti-alergi, gout, athritis (radang sendi) dan reumatik
(sengal-sengal atau lenguh) kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik
metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul
secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang
lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot.
Disamping itu juga, misai kucing
digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah tinggi.Penyelidikan juga
telah mendapati ianya bersifat antiseptik.Para penyelidik daripada Fakulti
Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah mendapati bahawa sesetengah daripada
sebatian herba ini menggalakkan penurunan secara berterusan terhadap tekanan
darah sistolik melalui tindakan vasodilasi (pengembangan pembuluh darah),
penurunan keluaran kardiak dan tindakan diuretik dalam penghapusan natrium.
Ini
menerangkan dengan jelas kesan-kesan positif herba ini dalam rawatan hipertensi
yang mana telah berlaku penggunaan herba ini secara berdokumen sebagai rawatan
tradisional di Indonesia selama ratusan tahun yang lalu.
Dalam satu kajian yang hasilnya
diterbitkan pada tahun 2007 oleh Pusat Kajian Sains Farmaseutik di Universiti
Sains Malaysia herba ini didapati mengandungi sifat-sifat antioksidan dan
penghapus radikal bebas. Ini juga mengesahkan penggunaannya secara tradisional
dalam merawat masalah hati, kerana ia telah terbukti merangsang
perlindungan hati daripada keracunan bahan toksik secara bergantung pada dos
(dosedependent).
Pakar ubatan herba tradisional
Indonesia juga telah menggunakan herba ini untuk membantu diabetes(kencing
manis) dan kesannya disahkan apabila pada tahun 2007 para penyelidik daripada
Jabatan Farmakologi, Universiti Chulalongkorn di Bangkok, Thailand menerbitkan
laporan berhubung kesan Orthosiphon terhadap glukosa darah pada tikus yang
diaruh supaya berpenyakit diabetes.
Kajian berkenaan menunjukkan bahawa
dalam satu ujian ketahanan glukosa, pati Orthosiphon (0.2 – 1.0g/kg) menurunkan
kepekatan glukosa plasma dengan ketara secara bergantung pada dos
(dose-dependent) pada tikus biasa dan tikus berdiabetes. Menjelang tamatnya
kajian ini profil lipid juga telah bertambah baik dengan kepekatan gliserida
plasma lebih rendah pada tikus berdiabetes yang dirawat dengan pati ini
berbanding tikus yang tidak dirawat, manakala tahap kolesterol Lipoprotein
Ketumpatan Tinggi (kolesterol baik) juga naik secara ketara pada tikus
berdiabetes yang dirawat dengan pati ini.
Ini merupakan satu contoh baik
penggunaan ubat tradisional yang disokong dengan pengesahan saintifik bagi
setiap kegunaannya secara tradisional. Paling penting sekali, herba
ini menawarkan rawatan sokongan yang selamat dan berkesan bagi masalah
berhubung penuaan yang paling sering berlaku, yakni sakit dan sengal sendi,
hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.
Kehebatan penyembuhan pokok misai
kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin,
myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin,
kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid glikoprotein,
saponin dan terpenoid.
Secara ringkasnya kepentingan daun
misai kucing adalah seperti berikut:
- Mengandungi
sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
- Digunakan
untuk membantu areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari
darah), gout, batu karang, batu hempedu, kencing manis dan reumatisme.
Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
- Salah
satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan
air kecil pesakit.
- Mengandungi
kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran
kencing)
antara khasiat lain herba misau kucing
- Membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.
- sesuai untuk penyakit buah pinggang
- Penyakit batu karang
- Jangkitan saluran kencingmisai_kucing_daun
- Hati dan masalah pundi kencing
- Kencing manis
- Sakit sendi
- Batu karang
- Gout
- athriris
- Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
- Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
- Nephritis
- reumatik
- Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
- Merawat lemah jantung + darah tinggi
sumber: http://petua.whatta.org/khasiat-pokok-misai-kucing/
(sila dapatakan nasihat doktor atau pegawai kesihatan sebelum menggunkkan herba misau kucing)
hebat kan herba malaysia....sebab tular dr azlan suka mengkaji herba tempatan.herba malaysia nie dah setaraf dengan herba oversea,cuma orang x kaji je kelebihan herba malaysia nie..
pernah tak anda terfikir kenapa allah cipta misau kucing hanya boleh didapati di malaysia??
mengikut dr azlan, herba disekeliling kita lar herba yang terbaik untuk membantu dalam menjaga kesihatan dan mencegah penyakit
mesti ada sebab allah cipta herba misau kucing kan...fikir-fikirkan lah sebelum kita menangungkan herba oversea tu...
mana nak cari herba misau kucing nie??jangan bimbang..sebab dr azlan dan hasilakan triple-t.
antara bahan utama triple-t ialah mas cotek.
jadi anda x yah pening2 nak cari misau kucing lagi.beli je triple-t by drazlan nie..
lagipun triple-t nie dikaji selama 7 tahun oleh dr azlan.jadi triple-t nie komfirm lar selamat.
btw..triple-t nie lulus KKM jugak/lagipun dose misau kucing dalam triple-t nie sudah diujii selamat..
boleh lar minum triple-t dengan senang hati
Comments
Post a Comment