Sakit Buah Pinggang

Punca,Tanda dan Rawatan Sakit Buah Pinggang



Apakah sakit buah pinggang?


sakit buah pinggang ataupun buah pinggang yang rosak boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu;
  • sakit buah pinggang kronik 
  • sakit buah pinggang akut.

Dua jenis kegagalan buah pinggang ini dibahagikan supaya penyebab dan juga waktu berlakunya penyakit tersebut dapat dibezakan.

Sebagai contoh sakit buah pinggang yang akut berlaku secara mengejut menyebabkanbuah pinggang tidak berfungsi dengan berkesan pada ketika itu juga

Manakala, sakit buah pinggang yang kronik pula mengambil masa yang lama malah selalunya mengambil masa bertahun-tahun. Sebagai contoh pesakit kencing manis yang mempunyai kawalan gula yang tidak bagus. setelah beberapa tahun Pesakit seperti ini boleh mengalami kegagalan buah pinggang  

Dalam artikel ini, kami hanya menceritakan berkenaan sakit buah pinggang yang kronik sahaja. Jenis kegagalan akut diterangkan pada artikel yang lain

sakit buah pinggang kronik

Masalah ini selalunya berlaku pada mereka yang sudah meningkat usia dan juga mereka yang mempunyai penyakit kronik yang lain seperti kencing manis dan darah tinggi.

sakit buah pinggang ini juga akan meningkatkan risiko untuk menghadapi penyakit kardiovaskular seperti angin ahmar dan sakit jantung.

Definisi kepada kegagalan buah pinggang adalah apabila kadar tapisan glomerular(Glomerular filtration rate) adalah kurang daripada 60mL/min/1.73m2 untuk sekurang-kurangnya 3 bulan.

Glomerular merupakan salah satu struktur di buah pinggang yang berfungsi untuk menapis darah. Ia akan membuang urea, kreatinine dan beberapa perkara lagi ke dalam air kencing. Glomerular merupakan salah satu struktur kecil daripada struktur yang lebih besar iaitu nefron. Nefron pula mempunyai struktur-struktur yang lain untuk menjalankan beberapa fungsi lain buah pinggang.

Apabila struktur glomerular rosak, maka fungsinya tidak dapat dijalankan dengan baik menyebabkan fungsi buah pinggang itu sendiri terjejas.

Tahap sakit buah pinggang


Terdapat 5 tahapan kerosakkan buah pinggang. Ianya adalah:
Tahap 1: Kerosakkan pada buah pinggang tetapi kadar tapisan glomerular masih normal (>90mL/min/1.73m2)
Tahap 2: Sedikit pengurangan pada kadar tapisan glomerular(60-89mL/min/1.73m2)
Tahap 3: Pengurangan sederhana pada kadar tapisan glomerular(30-59ml/min/1.73m2)
Tahap 4: Pengurangan yang banyak pada kadar tapisan glomerular(15-29mL/min/1.73m2)
Tahap 5: kurang daripada 15mL/min/1.53m2

Simptom dan tanda tanda sakit buah pinggang


Pesakit yang berada pada tahap 1 hingga 3 selalunya tidak mempunyai apa-apa simptom yang berkaitan. Hanya apabila seseorang itu telah mencapai tahap 4 atau 5 sahaja baru beberapa simptom seperti berikut akan muncul. Ianya adalah:
  • Semakin kurus
  • Otot semakin lemah
  • Kaki bengkak
  • Merasa lelah jika cuba membuat sesuatu yang berat
  • Mengalami tekanan darah tinggi
  • Mempunyai simptom anemia(kurang sel darah merah) seperti cepat letih, berdebar-debar dan juga muka pucat
  • Kulit kering
  • Kurang kemampuan ataupun kehendak melakukan hubungan seks

Bagaimana sakit buah pinggang berlaku?


Di dalam satu buah pinggang terdapat sejumlah satu juta nefron yang berfungsi untuk menapis darah. Apabila terdapat kerosakkan pada buah pinggang(tidak kira apa-apa sebab), buah pinggang tersebut mempunyai kebolehan untuk mengekalkan kadar tapisan darah tersebut menyebabkan fungsinya masih berjalan seperti biasa.

Sebab itulah seseorang masih mampu lagi mempunyai hidup yang normal walaupun jika salah satu buah pinggangnya dibuang.
Akan tetapi apabila terlalu banyak kerosakan yang berlaku pada nefron, maka ketika itulah fungsinya akan berkurangan sedikit demi sedikit

Punca Sakit buah pinggang


Terdapat beberapa punca dan penyebab yang merosakkan buah pinggang. Ianya adalah:
  • Tekanan darah tinggi
  • Nefrotoksin(Bahan yang merosakkan buah pinggang seperti ubat tahan sakit jenis nonsterpodal anti-inflammatory druhs(NSAIDs))
  • Kurangnya aliran darah ke buah pinggang (sebagai contoh dalam keadaan seseorang itu dehidrasi ataupun mengalami tekanan darah yang sangat rendah)
  • Protein dalam air kencing
  • Kolesterol tinggi
  • Pesakit kencing manis yang mempunyai bacaan gula tidak terkawal
  • Merokok
  • Cystic kidney disease
  • Tersumbat pada laluan keluar air kencing
  • Batu karang
  • Systemic lupus erythematosus
  • Endocarditis

Cara diagnosis sakit buah pinggang



Apabila penyiasatan kepada kes pesakit kegagalan buah pinggang kronik dijalankan, ia memerlukan pengambilan darah untuk mengetahui jumlah sel darah, fungsi buah pinggang dan juga analisis air kencing.
Beberapa ujian yang dinyatakan diatas boleh menentukan samada seseorang itu mempunyai masalah tersebut ataupun tidak.

Jumlah sel darah(Full blood count)
Bagi pesakit yang menghadapi masalah ini, mereka selalunya akan mengalami kekurangan sel darah merah. Ini kerana salah satu fungsi buah pinggang adalah untuk menghasilkan hormon erythropoietin yang berfungsi untuk merangsang penghasilan sel darah merah daripada sumsum tulang.
Jika hormon ini berkurangan, ia akan menyebabkan berkurangnya sel darah merah juga

Fungsi buah pinggang
Bagi pesakit buah pinggang, selalunya ada beberapa bacaan yang akan meningkat iaitu urea, kreatinine dan juga potassium.

Analisis air kencing
Analisis air kencing pula bertujuan untuk melihat punca kepada masalah tersebut. Ia boleh melihat kehadiran protein dan juga darah yang memberi tanda kepada beberapa jenis penyakit. Kadang-kadang pesakit akan mengadu air kencing berbuih disebabkan protein di dalam air kencing ini

Ultrasound buah pinggang
Dengan melakukan prosedur ini, beberapa punca yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dapat dilihat sebagai contoh:
  • Hydronephrosis iaitu buah pinggang membesar disebabkan saluran air kencing yang tersumbat
  • Batu karang
  • Buah pinggang yang mengalami polycystic kidney
  • Saiz buah pinggang yang kecil disebabkan ia rosak dan mengecut. Selalunya disebabkan penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Rawatan untuk sakit buah pinggang


Diagnosa awal bersama dengan rawatan awal pada mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang adalah penting. Ini kerana tujuan rawatan tersebut untuk menghentikan kerosakan pada buah pinggang supaya pesakit tersebut tidak perlu melakukan terapi penggantian buah pinggang(renal replacement therapy)

Tujuan rawatan kepada pesakit ini adalah:
  • Merencat perkembangan penyakit kegagalan buah pinggang
  • Merawat komplikasi yang terjadi disebabkan masalah ini
  • Merancang bila perlunya terapi penggantian fungsi buah pinggang
Merencat perkembangan penyakit gagal buah pinggang
Dalam rawatan ini, tujuannya adalah untuk mengelakkan buah pinggang pesakit semakin rosak. Oleh itu, pesakit boleh hidup dengan kadar yang lebih lama tanpa memerlukan penggunaan dialisis.

Beberapa perkara yang perlu dibuat supaya buah pinggang tidak semakin rosak adalah:
  • Rawatan penyakit yang menyebabkan kegagalan buah pinggang tersebut
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal kolesterol dalm badan
  • Mengawal gula dalam darah
  • Mengelak daripada penggunaan nefrotoksin sepertin ubat tahan sakit jenis NSAIDs
Rawatan komplikasi disebabkan kegagalan buah pinggang
Terdapat beberapa komplikasi yang dihadapi oleh pesakit ini. Ianya adalah:
  • Anemia: Pesakit boleh dirawat dengan menggunakan ubat yang menggalakkan penghasilan sel darah merah
  • Kurang kalsium: Pesakit ini selalunya akan diberi kalsium
  • Terlebih air(fluid overload): Dirawat dengan menggunakan ubat ‘loop diuretics’
  • Metabolic acidosis: Dirawat dengan menggunakan suplement alkali yang diambil secara makan. Jika pH darah terlampau asid, pesakit mungkin akan disuruh untuk melakukan dialisis
Terapi penggantian buah pinggang (renal replacement therapy)
Terdapat beberapa jenis terapi penggantian fungsi buah pinggang. Secara asasnya rawatan ini adalah untuk menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak. 2 jenis terapi ini adalah:
  • Peritoneal dialisis: Memasukkan air khas ke dalam bahagian abdomen dan membenarkan pertukaran bahan toksik ke dalam air tersebut. Kemudian air itu dikeluarkan semula daripada bahagian abdomen
  • Hemodialysis: Darah dikeluarkan daripada badan dan dimasukkan ke dalam satu mesin supaya bahan buangan daripada darah tersebut seperti urea dan kreatinine dapat dikeluarkan. Kemudian darah tersebut akan disalurkan semula ke dalam saluran darah.

Diet untuk pesakit buah pinggang


Pesakit buah pinggang mempunyai beberapa pantang larang dalam mengambil makanan.

Pertamanya pesakit kencing manis tidak digalakkan mengambil protein secara berlebihan. Ini kerana penguraiannya akan menghasilkan creatinine dan juga urea. pengambilan protein yang banyak akan meningkatkan penghasilan kreatinine dan urea menyebabkan buah pinggang pesakit terbeban.

Oleh itu, kurangkan pengambilan protein bagi pesakit yang mempuyai kegagalan buah pinggang

Kedua, kurangkan pengambilan garam. Ini kerana pengambilan garam yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang semakin teruk.

sumber: https://ediagnosa.com/kegagalan-buah-pinggang-punca-rawatan/

bagi mereka yang ingin mencegah dan mengawal sakit buah pinggang..bagus minum produk triple-t.
triple-t merupakan hasil kajian dr azlan selama 7 tahun.dijamin selamat.

triple-t merupakan hasil gabungan herba malaysia iaitu mas cotek & misau kucing.kedua-dua herba ini merupkan herba yang terbaik untuk sakit buah pinggang

TRIPLE-T berfungsi dengan 3 cara utama iaitu:
1. Mencuci organ (detoks) dari toksin dan bahan berbahaya.
2. Memperbaiki dan membina semula sel-sel hati dan buah pinggang yg rosak yg menjadi antara punca tubuh mendapat penyakit.
3. Membuang lemak dan kolesterol bahaya.

Serat Mampu Mengawal Kencing manis

Serat Mampu Mengawal Kencing manis


nak tahu lebih pasal triple-t??klick sini

Comments

Popular Posts