6 Herba Terbaik Untuk Penyakit Kencing Manis
Herba Yang Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis
Pada
masa kini, kaedah rawatan alternatif semakin menarik perhatian pengamal
perubatan, terutamanya sektor swasta dan juga pesakit-pesakit yang menderita
penyakit kronik, termasuklah diabetis mellitus ataupun kencing manis.
Jika
kita tengok trend perubatan sekarang, ramai yang ingin kembali kepada cara
tradisional ataupun dikenali sebagai pengubatan Alternatif dan Komplementari
(CAM). Sememangnya CAM adalah salah 1 amalam penjagaan kesihatan yang telah
digunakan dengan meluas di seluruh dunia dan pengaruhnya semakin kuat di
Malaysia. Harus diingat, pendekatan CAM adalah berbeza dengan amalan moden dan
lebih kepada amalan pencegahan penyakit atau meningkatkan kesihatan diri secara
keseluruhan.
Malaysia
sangat kaya dengan tumbuh-tumbuhan atau herba yang boleh digunakan untuk
merawat atau mengawal pelbagai penyakit. Namun, masalah dengan penggunaan herba
ini adalah kerana kita tidak tahu apa kandungan bahan yang membantu mengawal
penyakit dan berapa dos yang digunakan. Oleh sebab itu, doktor-doktor bidang
perubatan moden sangat mengambil berat pesakit-pesakit yang ingin menggunakan
perubatan alternatif tanpa pemantauan yang sepatutnya.
Misai
kucing
pokok misai kucing Merupakan sejenis pokok berbunga dan seringkali ditanamn sebagai
perhiasan di halaman rumah atau taman-taman rekreasi kerana kecantikannya.
Misai kucing juga popular dikalangan masyarakat Melayu kerana dipercayai dapat
mmbantu pelbagai penyakit termasuk penyakit kencing manis, batu karang, gout
dan tekanan darah tinggi. Kajian telah dijalankan ke atas tikus makmal dengan
menggunakan keseluruhan ekstrak herba misai kucing dan mendapati kepekatan glukos
dalam darah dapat dikurangkan dengan tindakannya mengalakkan perembesan insulin
oleh pankreas. Apabila paras insulin meningkat, secara tak langsung, paras gula
akan menurun.
Selain
itu, kajian makmal turun menunjukkan herba ini boleh mengurangkan paras
kolesterol dalam pesakit kencing manis, sekaligus mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular (jantung).
herba Misai kucing diambil dengan merebus daunnya dan diminum dalam bentuk air rebusan.
Sementara bahagian lain herba ini dikatakan boleh merawat penyakit lain.
Setakat
ini kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa misai kucing tidak memberi
kesan sampingan kepada hati dan buah pinggang. Namun, kajian selanjutnya perlu
dijalankan untuk memastikan keselamatan jika diambil dalam jangka masa panjang.
Lagipun, jika kita lihat banyak produk yang diproses menggunakan ekstrak misai
kucing juga tidak dapat dipastikan keselamatan untuk jangka masa panjang kerana
bahan-bahan yang dicampur semasa diproses tidak dapat dipastikan.
Hempedu
Bumi (Andrographis peniculata)
Hempedu
bumi merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara, China dan
India. Ia digunakan sejak berabad lalu di China, India dan Jawa sebagai kaedah
untuk mengurangkan kesakitan dan merawat luka termasuk gigitan ular.
Dalam
rawatan kencing manis, dikatakan ekstrak methanol daripada tumbuhan ini mampu
meningkatkan perembesan insulin dan mengurangkan penyerapan gula ke dalam
darah, maka ia membantu mengawal paras gula terutama selepas makan.
Selepas pengambilan selama 30 hari, kajian ke atas tikus mendapati ia membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mempercepat pemindahan insulin dari darah ke dalam sel untuk penjanaan tenaga.
Hempedu
bumi juga boleh dijadikan ulam ataupun boleh diminum air rebusan daunnya, tapi
rasanya yang amat pahit. Jadi, ramai yang lebih suka mengambilnya dalam bentuk
kapsul yang telah diproses.
Terdapat
beberapa kesan sampingan jangka pendek yang dikaitkan dengan hempedu bumi
termasuk pening, letih dan cirit-birit. Ia juga berpotensi untuk
bertindak-balas dengan ubat moden jika diambil bersama. Sekiranya anda berminat
dengan rawatan pokok hempedu bumi, dapatkan dulu nasihat doktor atau pegawai
farmasi.
Daun
pegaga
Daun
pegaga telah digunakan dalam perubatan tradisional India, iaitu Ayurveda sejak
beratus tahun lalu. Pada mulanya, ia digunakan untuk penyembuhan luka kerana
keupayaan penyembuhannya yang cepat dan kebolehannya merawat penyakit kulit
seperti psoriasis.
Kajian
makmal menunjukkan ekstrak bahan ethanol dan methanol daripada daun pegaga
mempunyai khasiat untuk meningkatkan perembesan insulin dan secara tak langsung
membantu menurunkan paras gula dalam darah. Kajian menunjukkan fungsinya sama
dengan tindakan ubat moden dan mampu mengekalkan paras gula yang baik dalam
darah. Selain itu, ia turut membantu mengawal paras kolesterol, asid urik dan
urea dalam darah.
Ia
boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dijadikan jus. Terbaru, pegaga juga
boleh didapati dalam bentuk kapsul.
Namun,
kajian menunjukkan pegaga boleh memberi kesan sampingan kepada hati jika
diambil secara berterusan dalam tempoh melebihi 6 bulan. Jadi, dapatkan nasihat
dan pemantauan daripada doktor untuk mengelakkan sebarang kesan yang
memudaratkan.
Mas
cotek (ficus deltoidea)
herba Mas cotek adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar dan menumpang di atas pokok
lain dan biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Ia telah
digunakan secara turun-temurun untuk masalah kolesterol, saraf, masalah wanita
dan ia juga dipercayai dapat mencantikkan kulit. Daunnya didapati kaya dengan
antioksida dan vitamin C.
Melalui
kajian makmal yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan bahawa pokok mas cotek mampu
meningkatkan rembesan insulin seterusnya membantu menurunkan paras gula dan
menggalakkan pengambilan gula oleh sel sebagai sumber tenaga.
Dalam
kajian lain, mas cotek dikatakan bertindak merencatkan penyerapan gula di usus
dan mengurangkan penghasilan gula oleh hati.
Daun herba mas cotek boleh direbus dan diminum airnya dan ada yang mengeringkannya daunnya
sebelum direbus. Namun kini, ia telah disediakan dalam bentuk kapsul untuk
memudahkan pengambilannya.
Peria
katak
Peria
katak banyak ditanam di Asia Selatan, Asia Tenggara, China dan Caribbean.
Buahnya merupakan sayur yang sangat pahit malah ada yang mengatakan paling
pahit di dunia kerana kandungan kuinin yang tinggi. Namun, yang pahit itu kan
ubat.
Dalam
perubatan Ayurveda, India peria katak dianggap sebagai ‘insulin tumbuhan’, oleh
sebab itu ia digunakan untuk merawat penyakit diabetes. Di Filipina, teh
peria katak telah digunakan oleh penghidap kencing manis yang tidak mampu untuk
mendapatkan rawatan moden.
Kajian
yang dijalankan ke atas tikus makmal dengan ekstrak peria katak menunjukkan ia
mampu menyerupai tindakan insulin kerana buah dan bijinya yang mengandungi
protein Polypeptide-K yang efektif terhadap kencing manis. Selain itu, ia juga
membantu merencatkan penyerapan gula di usus dan menggalkkan penggunaan gula
oleh sel-sel badan. Ia turut membantu mengawal juga dengan mengurangkan
penghasilan gula oleh hati.
Peria
katak boleh dimakan sebagai ulam atau dimasak sebagai sayur-sayuran. Namun,
kini peria katak sudah disediakan dalam bentuk kapsul. Jika tak mahu rasa
pahitnya peria katak, bolehlah diambil kapsulnya.
Sekiranya
anda memang menggunakan ubat moden dari hospital, berhati-hati jika ingin makan
peria katak kerana risiko untuk terjadinya hypoglisemia (kurang gula dalam
darah) adalah tinggi.
Buah
mengkudu (Morinda citrifolia)
Buah
mengkudu masak yang mempunyai bau yang agak busuk dan kuat telah digunakan
sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama dikalangan masyarakat
Melayu. Minat masyarakat umum terhadap tanaman ajaib ini bermula pada
penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang fungsi bahan aktif yang
terkandung dalam buah ini oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.
Buah
mengkudu dikatakan tinggi dengan zat pemakanan seperti vitamin C dan B3, zat
besi dan potassium (kalium). Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.
Jus
mengkudu mengandungi potassium yang tinggi, jadi ia boleh bertindak balas
dengan ubatan moden dan boleh menyebabkan potassium meningkat dalam darah.
Sementara
itu kesan sampingan jangka pendek yang dikaitkan dengan jus mengkudu ialah
angin, kembung perut dan cirit-birit. Maka, jika anda mengalami simptom-simptom
berikut, hentikan pengambilannya serta-merta dan berjumpa doktor dengan segera.
(sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pegawai perubatan sebelum anda menggunakkan herba sebagai rawatan alternatif)
sumber: http://www.ketamkecil.com/
adakah anda tahu tentang triple-t??
triple-t merupkan produk kajian bydrazlan selama 7 tahun.triple t adalah hasil gabungan 3 herba yang hebat iaitu mas cotek,misau kucing dan teh hijau
triple-t mampu mengawal dan munurunkan gula dalam darah dengan berkesan.triple-t sesuai diamalkan oleh pesakit kencing manis dan mereka yang ingin mencegah penyakit 3 serangkai.
anda tidak perlu bimbang kerana triple-t lulus KKM dan dose herba didalam triple t sudah dikaji oleh dr azlan selamat untuk tubuh badan manusia.
Comments
Post a Comment