Cegah Diabetis @ Kencing Manis Dari Usia Muda
kawal kencing manis sejak dari kecila lagi
Umum
mengetahui diabetes bukan lagi penyakit yang asing apatah lagi dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Menurut data Persekutuan Diabetes Antarabangsa tahun
lalu, sekurang-kurangnya 3.3 juta penduduk negara ini menghidap penyakit itu
dengan kira-kira separuh daripadanya masih tidak sedar mereka menghidap
diabetes.
Dianggarkan
daripada 17.5 peratus orang dewasa berusia 18 tahun ke atas direkodkan
menghidapnya, cuma 8.3 peratus menyedari kewujudan penyakit itu dalam badan
mereka. Manakala 9.2 peratus lagi tidak sedar mereka ada diabetes.
Antara
punca keadaan itu berlaku disebabkan tiada sejarah keluarga menghidap diabetes
menyebabkan pemeriksaan kesihatan tidak dilakukan sedangkan diabetes bukan
semata-mata disebabkan keturunan.
Perkara
pokok yang dibahas Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM), Dr Nor Saleha Ibrahim Tamin adalah gaya
hidup masyarakat masa kini.
Berkongsi
situasi membimbangkan itu bersama media diiringi syarikat penjagaan kesihatan
global Novo Nordisk baru-baru ini, beliau memberi penekanan kepada amalan gaya
hidup dan pemakanan seawal dari rumah buat anak-anak.
Jelasnya,
berbanding generasi ibu bapa dan datuk nenek kita yang banyak melakukan kerja
buruh di bendang, kebun, ladang dan seumpamanya, golongan masa kini lebih
banyak menghabiskan masa di tempat berhawa dingin.
Pelbagai
jenis makanan tersedia sepanjang masa di restoran 24 jam sehari, sedikit
sebanyak mendorong amalan pemakanan tidak berjadual.
“Dulu
murid berjalan kaki atau mengayuh basikal ke sekolah, berbanding sekarang di
mana ibu bapa akan menghantar atau guna khidmat bas sekolah yang menjemput anak
di depan rumah. Ini kerana kita bimbang keselamatan anak jika dia bersendiri ke
sekolah.
“Jika
faktor begini berada di luar kawalan kita, mungkin kita boleh kawal faktor lain
misalnya menentukan apa yang boleh mereka makan. Kita umpama ikutan mereka,
jadi apa yang kita makan juga mempengaruhi gaya pemakanan mereka.
“Pada
saya, istilah anak yang comel, montel, sihat dan seumpamanya tidak lagi
relevan. Perlu diakui, hanya sebilangan kecil kanak-kanak berjaya turunkan
berat badan selepas mengalami obesiti ketika zaman kecilnya,” katanya.
Dr
Nor Saleha berkata, salah anggap mengenai faktor diabetes muncul juga perkara
yang perlu diberi tumpuan.Ini kerana jelasnya, majoriti masyarakat yang lebih
mengambil berat terhadap kemungkinan wujud diabetes dalam badan mereka terdiri
daripada golongan yang mempunyai latar belakang ahli keluarga menghidap
diabetes.
Sementara
golongan yang tiada sejarah ahli keluarga menghidap diabetes, cenderung
menganggap dirinya bebas diabetes atau sukar dihidapi penyakit itu.
“Yang
kita nampak, diabetes dipengaruhi oleh keturunan dan gemar makanan manis tetapi
realitinya, ada pelbagai faktor lain seperti obesiti, amalan diet yang salah,
kurang aktiviti fizikal dan peningkatan usia. Diabetes jenis satu, dipengaruhi
oleh keturunan. Ini tiada masalah untuk kita kawal kerana mereka sudah ambil
langkah berjaga-jaga lebih awal.
“Paling
membimbangkan adalah diabetes jenis di mana ia dipengaruhi oleh persekitaran.
Inilah kumpulan penghidap yang sering tidak sedar mereka menghidap diabetes
yang dipengaruhi oleh gaya hidup. Sebab itu semuanya perlu seimbang. Jaga berat
badan, lakukan aktiviti fizikal yang optimum, seimbangkan diet dan tidak
terkecuali, tidur yang mencukupi.
“Kesannya
jika sudah menghidap diabetes apa lagi di peringkat yang tinggi, amat dirasai.
Kegagalan buah pinggang, buta, masalah kardiovaskular, strok dan dialisis
antara yang perlu ditempuh penghidap kritikal. Wang ringgit juga tidak
terkecuali,” jelasnya.
Sementara
itu, Pengurus Besar Novo Nordisk Malaysia, Singapura dan Brunei, Noha Shawky
berkata, menjadi matlamat pihaknya untuk melihat penghidap diabetes
mendiagnosis dan menerima rawatan sewajarnya dalam membantu golongan itu
mencapai tahap gula darah sasaran secara konsisten.
“Komplikasi
diabetes menimbulkan beban kewangan yang besar kepada individu, keluarga malah
negara. Menjadi misi kami untuk berganding bahu dengan pemegang kepentingan
utama seperti KPM dalam menambah baik kehidupan penghidap sekali gus
mengehadkan kesan sosial dan ekonomi penyakit ini,” katanya.
sumber: harian metro
secara konklusinya...kencing manis perlu dicegah sejak dari kecil lagi..
ibubapa perlu mainkan peranan dalam hal ini..
ibubapa perlu menerapkan pemakanan yang sihat sejak dari kecil lagi..
tapi...klau parents pun makan makan yang tidak sihat seperti makanan ringan dan fast food..camne nak bagi tauladan kepada anak-anak kan....
nak mengamalkan makanan yang sihat bukan susah pun..senang je..tepuk dada tanya selera..
klau uols nak jaga buah pinggang dan hati..baik anda amalkan triple-t by drazlan..
triple-t nie merupakan hasil kajian dr azlan selama 7 tahun..
triple-t mampu membaiki sel-sel buah pinggang dan hati yang rosak..
[wajib baca: info triple-t by drazlan]
bila buah pinggang dan hati kita sihat..badan juga akan sihat kan..jadi kita dapat mengawal gula dalam badan.sekali gus dapat mencegah kencing manis..
lagipun triple-t nie selamat...100% herbs..tiada kesan sampingan..yang paling penting...triple-t nie..lulus KKM tau..
klau anak-anak nak minum triple-t pun boleh..xde masalah..
ajar anak minum triple-t sejak dari kecil lagi untuk menjaga buah pinggang mereka..
JANGAN BERKIRA UNTUK MENJAGA KESIHATAN NANTI ANDA AKAN MENGIRA BIL HOSPITAL
berminat untuk mendapatkan triple-t??
wasap +6017-9345465
wasap +6017-9345465
wasap +6017-9345465
wasap sekarang untuk dapatkan harga promosi dan free poslaju seluruh malaysia...
Comments
Post a Comment