Tanda-Tanda Awal Penyakit Kencing Manis
gejala penyakit kencing manis @ diabetes
Kencing manis ialah pembunuh senyap kerana ada dikalangan penderita penyakit ini
hanya menyedari akan kehadiran penyakit ini kepada diri mereka pada peringkat
yang sudah kronik.
Oleh
itu, mengenali tanda-tanda penyakit kencing manis pada peringkat awal mungkin
dapat membantu seseorang individu mengambil langkah pencegahan dan seterusnya
menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa penyakit berbahaya ini.
dibawah
disenaraikan gejala atau tanda awal
penyakit kencing manis yang utama yang boleh anda perhatikan pada diri dan juga
kepada ahli keluarga agar langkah awal dapat diambil samada dengan mendapatkan
nasihat doktor pakar dan dengan mengawal pemakanan
BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN DRASTIK
Pelik
atau tidak? Makan macam biasa, tetapi berat badan menurun? Inilah antara tanda
kencing manis.
Bagi
sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat
mungkin menggembirakan mereka. Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda
anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk
memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan
lemak untuk menghasilkan tenaga.
KERAP
DAHAGA DAN KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM
Tanda
diabetes yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam
pula, selalu ke tanda untuk kencing.
Lebihan
glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk
memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada
waktu malam. Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah
antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.
SERING
KEBAS PADA TANGAN DAN KAKI
Antara
tanda diabetes yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh
kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang
mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah
tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.
JARAK
PENGLIHATAN MENURUN
Jangan
ingat tidak nampak itu disebabkan rabun. Antara tanda kencing manis yang orang
selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.
Kandungan
gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan
mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan.
Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh
yang panjang.
LUKA
YANG LAMBAT SEMBUH.
Ini
tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh
kena āPotong kaki!ā.
Sistem
saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan
kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada
anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasai sakit akan luka
yang di alami.
Paling
menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana
hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk
menyembuhkannya.
sumber:sirap limau
bagi mereka yang ingin mencegah dan mengawal gula dalam darah..bagus minum produk triple-t.
triple-t merupakan hasil kajian dr azlan selama 7 tahun.dijamin selamat.
TRIPLE-T berfungsi dengan 3 cara utama iaitu:
1. Mencuci organ (detoks) dari toksin dan bahan berbahaya.
2. Memperbaiki dan membina semula sel-sel hati dan buah pinggang yg rosak yg menjadi antara punca tubuh mendapat penyakit.
Comments
Post a Comment