Diet Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

diet untuk pesakit kencing manis

Diet Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Kebanyakan kita beranggapan bahawa pesakit kencing manis perlu mengurangkan makanan manis yang dihasilkan daripada gula ringkas. Secara asasnya, makanan yang manis dapat meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat berbanding makanan yang berkanji.

Perkara ini sememangnya benar jika makanan manis diambil secara terus, akan tetapi jika makanan manis diambil bersama makanan seimbang yang tinggi serat, kadar peningkatan gula dalam darah dapat diperlahankan
Ada pendapat menyatakan jenis kategori karbohidrat dapat memberi kesan berbeza terhadap paras gula dalam darah. Namun begitu, kebanyakan pakar menyatakan bahawa bukan jenis kategori karbohidrat yang perlu diberi tumpuan.

Sebaliknya, apa yang penting ialah jumlah keseluruhan karbohidrat yang diambil. Ini kerana jumlah karbohidrat yang diambil memberi kesan lebih ketara terhadap perubahan paras gula dalam darah dan bukannya jenis korbohidrat (karbohidrat) itu sendiri

Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Kencing Manis

Karbohidrat

Diet Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Karbohidrat adalah sumber tenaga dimana unsur ini biasanya terdapat di dalam makanan mengandungi kanji dan gula. Perlu diketahui bahawa karbohidrat adalah komponen utama yang mempengaruhi paras gula dalam darah. Oleh itu, jumlah dan jenis karbohidrat yang dimakan sangat perlu diambil perhatian.
Karbohidrat terbahagi kepada dua jenis, iaitu karbohidrat ringkas dan karbohidrat kompleks. Karbohidrat ringkas perlu dielakkan dalam makanan harian bagi pesakit kencing manis, manakala karbohidrat kompleks pula perlu dikawal pengambilannya.

Karbohidrat kompleks akan dicerna dan diserap secara perlahan ke dalam salur darah. Ia tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak. Namun, pengambilan makanan daripada kumpulan ini hendaklah secara berdikit mengikut waktu makan, bukan dimakan sekali gus dalam kuantiti yang banyak pada satu masa yang sama.

Contoh makanan mengandungi karbohidrat kompleks ialah:
  • Bijirin seperti nasi, roti, pasta dan mee.
  • Sayuran berkanji seperti lobak, ubi kentang, jagung dan labu.
  • Kekacang seperti kacang pis, kacang hijau dan kacang dal.
  • Susu seperti susu segar, susu rendah lemak dan yogurt asli rendah lemak.
  • Buah-buahan seperti epal, oren, pisang dan jambu batu.
Protein
Diet Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Ada banyak sumber protein yang boleh diambil oleh pesakit diabetes. Ini termasuklah daging lembu, ayam, ikan, makanan laut, kacang, keju, telur, kacang, dan tauhu.

Namun, pesakit kencing manis perlu memilih makanan yang mempunyai sumber protein rendah lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit dan daging tanpa lemak.

Serat
Diet Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Serat adalah sumber tumbuhan yang sukar untuk dihadam. Ia penting kerana dapat membantu melambatkan proses penyerapan glukosa ke dalam salur darah. Justeru, pesakit kencing manis digalakkan mengambil makanan manis bersama serat bagi menghalang kenaikan paras gula dalam darah secara mendadak.

Selain itu, serat dapat melambatkan pengosongan perut serta mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah Serta menyebabkan anda berasa tidak lapar. Selain itu, kajian menunjukkan serat dapat membantu mengurangkan paras kolesterol jahat dalam darah.

Terdapat dua jenis serat, iaitu serat larut air (oat, kekacang, sayuran dan buahan) dan serat tidak larut air ( bijirin penuh dan beras perang).

Pemanis Tiruan
Pemanis tiruan adalah alternatif kepada gula. Ia memberi rasa manis, tetapi tiada kalori. Pemanis tiruan tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah. Anda perlu merujuk kepada pegawai pemakanan bagi mendapatkan maklumat mengenai jumlah dan jenis pemanis tiruan yang boleh diambil pesakit diabetes.

Berdasarkan fakta di atas, adalah jelas bahawa jumlah pengambilan karbohidrat perlu dititikberatkan (dititik-beratkan oleh pesakit kencing manis.
Ini kerana karbohidrat memainkan peranan penting mengawal paras gula dalam darah dan pengambilan setiap jenis makanan juga perlu diseimbangkan.
Selain itu, waktu makan yang tetap dan kuantiti makanan yang sedikit tetapi kerap perlu diamalkan pesakit kencing manis untuk membantu mengembalikan paras gula yang normal dalam darah.

Makanan yang Perlu Dielakkan oleh Pesakit Kencing Manis

Makanan yang tinggi dengan Lemak
Lemak terbahagi kepada dua jenis, iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Bagi pesakit diabetes, pengambilan lemak perlu dikurangkan terutama lemak tepu. Sumber lemak tepu biasanya didapati daripada haiwan. Contoh lemak tepu ialah daging berlemak, susu, keju dan mentega.

Ada juga lemak trans (trans fat) yang sangat bahaya kepada kesihatan. Pengambilan lemak trans boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat dalam darah. Selain itu, lemak trans dalam kebanyakan makanan yang di proses juga mengandungi garam dan gula berlebihan. Seperti lemak tepu, pengambilan lemak trans boleh memudaratkan lagi penyakit kencing manis dan juga meninggikan risiko pembentukan batu karang.

Karbohidrat Ringkas
Diet Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Kumpulan makanan ini menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Disamping itu, ia juga adalah antara penyebab peningkatan berat badan.

Contoh kumpulan karbohidrat ringkas ialah semua jenis gula (gula putih, gula merah dan gula batu), ais krim, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin yang ditambah dengan sirap serta makanan dan minuman manis seperti air kordial dan kuih-muih.

Oleh itu, makanan mengandungi karbohidrat ringkas perlu dielakkan oleh pesakit diabetes.

Makanan Bergoreng
Pesakit kencing manis juga hendaklah mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, terutama makanan yang digoreng menggunakan minyak terhidrogenasi. Ini kerana minyak tersebut cenderung untuk meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam badan.

Minyak hidrogenasi (hydrogenation) ialah minyak yang terhasil daripada reaksi kimia selepas proses pengeluaran dan pengolahan produk minyak goreng.


bagi mereka yang ingin mencegah dan mengawal gula dalam darah..bagus minum produk triple-t.
triple-t merupakan hasil kajian dr azlan selama 7 tahun.dijamin selamat.

triple-t juga bagus dijadikan minuman tambahan kepada diet pesakit kencing manis kerana triple-t mampu menurunkan gula dalam darah dengan berkesan

TRIPLE-T berfungsi dengan 3 cara utama iaitu:
1. Mencuci organ (detoks) dari toksin dan bahan berbahaya.
2. Memperbaiki dan membina semula sel-sel hati dan buah pinggang yg rosak yg menjadi antara punca tubuh mendapat penyakit.
3. Membuang lemak dan kolesterol bahaya.

Diet Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

Diet Terbaik Untuk Pesakit Kencing Manis

nak tahu lebih pasal triple-t??klick sini

Comments

Popular Posts