Tanda-Tanda Anak Autisme

ciri-ciri anak autisme

Tanda-Tanda Anak Autisme

Ramai kanak-kanak autisme tidak didiagnosis dengan masalah perkembangan kompleks ini sehingga mereka berusia sekurang-kurangnya empat tahun atau lebih menyebabkan tanda autisme gagal dikenal pasti di peringkat awal.

Mengesan autisme seawal mungkin adalah penting kerana kajian menunjukkan intervensi dilakukan terhadap kanak-kanak autisme selepas pemeriksaan awal menghasilkan keputusan lebih baik dari segi pembelajaran, komunikasi dan kemahiran sosial berbanding mereka yang dikesan lewat.

Malah, menyediakan terapi dan pendidikan untuk kanak-kanak autisme pada usia masih muda iaitu dalam tempoh perkembangan otak kanak-kanak paling mudah menyerap ilmu juga diharap dapat mengubah perjalanan autisme.
Pada masa kini tiada pemeriksaan perubatan untuk mendiagnosis autisme, sebaliknya autisme didiagnosis dengan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak dan mencari tanda-tanda tertentu yang juga ciri-ciri autisme.

Menerusi kajian dilakukan penyelidik mengenai tanda awal autisme membolehkan doktor tahu apa yang perlu dicari dan seterusnya penghidap autisme mendapat bantuan diperlukan secepat mungkin. Namun, mengesan ciri-ciri autisme boleh jadi sukar berikutan kebanyakan kanak-kanak bukan autisme kadangkala menunjukkan tingkah laku yang sama.

Tanda-tanda awal autisme pada setiap penghidapnya juga berbeza. Ada yang menunjukkan kelainan pada usia beberapa bulan selepas lahir, manakala yang lain menunjukkan ciri-ciri yang jelas pada usia antara 18 hingga 24 bulan.



Pengarah Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, ibu bapa perlu menghantar anak yang menghidap autisme ke sekolah khas supaya kanak-kanak istimewa berkenaan mendapat pendidikan dengan lebih berkesan.

Menurutnya, pelan pendidikan untuk kanak-kanak autisme biasanya menekankan pelbagai kemahiran pembangunan, akademik, komunikasi dan bahasa, kemahiran sosial, kemahiran berdikari, isu tingkah laku dan kemahiran lain yang berkaitan.

Oleh itu, guru kanak-perlu mempunyai latihan khusus dalam masalah perkembangan kompleks bagi membantu anak-anak istimewa itu mendapat manfaat daripada program pendidikan yang diikuti.

“Di Singapura dan Amerika Syarikat, kanak-kanak autisme didiagnosis dengan masalah terbabit ketika berusia tiga hingga empat tahun dan pada usia seawal itu mereka dihantar ke pusat atau sekolah khas bagi mendapat pendidikan dan terapi sekali gus.

“Perkara sedemikian wajar dicontohi kerana berbeza di negara ini yang tiada pusat sehenti untuk melatih dan mendidik kanak-kanak autisme apabila ada pusat hanya menyediakan terapi tetapi tiada pendidikan khusus,” katanya.
Katanya, ibu bapa perlu sedar mengenai keperluan latihan dan pendidikan khas kanak-kanak autisme dan dapatkan maklumat sebanyak mungkin untuk membantu meningkatkan pembelajaran serta perkembangan anak istimewa mereka.

“Autisme bukanlah penyakit sebaliknya gangguan perkembangan otak yang menjejaskan kemahiran sosial dan komunikasi. Latihan dan pendidikan khas mampu merangsang sel-sel otak di bahagian yang terjejas.

“Namun, sepanjang pengalaman saya menguruskan pusat pendidikan khas ini lebih setahun lalu, segelintir ibu bapa sukar menerima hakikat anak mereka autisme menyebabkan hak kanak-kanak berkenaan mendapat pendidikan dinafikan,” katanya.




Beliau berkata, maklumat mengenai autisme terutama bagaimana mengenal tanda-tandanya kini banyak didedahkan dan dengan teknologi terkini ia boleh diperoleh semudah di hujung jari, malah dunia juga memperuntukkan April sebagai bulan kesedaran autisme untuk mendidik masyarakat dan menyebarkan kesedaran.

Tanda-tanda anak anda mungkin berisiko hidap autism

Tanda-Tanda Anak Autisme

• Tidak mengukir senyum, tergelak atau menunjukkan ekspresi gembira atau suka ketika bayi berusia enam bulan.
• Tiada hubungan mata atau hubungan mata yang terhad ketika bayi berusia enam bulan.
• Tidak membuat bunyi, senyum atau ekspresi wajah ketika bayi berusia sembilan bulan.
• Tidak mengagah ketika bayi berusia 12 bulan.
• Tidak memberi tindak balas ketika namanya dipanggil ketika bayi berusia 12 bulan.
• Tidak berceloteh ketika bayi berusia 16 bulan.
• Tidak mengeluarkan perkataan ketika kanak-kanak berusia dua tahun.
• Langsung tidak bercakap atau menunjukkan kemahiran sosial pada semua peringkat umur.
• Tidak membuat gerak isyarat untuk berkomunikasi seperti melambai, mencapai ketika bayi berusia 12 bulan.

Tanda-tanda autism lain yang boleh diperhatikan

• Mengelak hubungan mata dan lebih suka bersendirian.
• Sukar memahami perasaan orang lain.
• Perkembangan pertuturan yang lambat.
• Mengulang perkataan atau frasa berulang-kali (echolalia).
• Mempunyai minat yang sangat terhad.
• Menunjukkan tingkah laku berulang-ulang seperti berpusing atau goyang badan.
• Mempunyai tindak balas luar biasa atau reaksi keterlaluan terhadap bunyi, bau, rasa, tekstur, cahaya atau warna.
• Cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitaran

sumber:harian metro



B-Smart Gummy Rahsia untuk anak jadi bijak belajar. Tinggi antioksiden, tinggi kandungan sebatian fenolik semulajadi yang penting untuk pertumbuhan & perkembangan sel otak anak.

* memudahkan anak belajar
* mengaktifkan minda, sel-sel otak
* mudah untuk menghafal
* tinggi antioksiden


9/10 pilihan ibu bapa dan guru percaya B-Smart Gummy membantu dalam perkembangan anak-anak mereka. Sesuai untuk anak-anak yang mengambil peperiksaan penting.



keywords
  • tanda-tanda autisme
  • ciri-ciri autisme
  • anak autisme

Comments

Popular Posts