Lambat Dapat Zuriat@Anak,Salah Siapa?

kenapa lambat dapat zuriat @ anak?

Lambat Dapat Zuriat@Anak,Salah Siapa?

"Bila hendak bertiga, asyik berdua saja?" "Merancangkah? Tak risau usia makin meningkat?" Kerap kali penulis diasak dengan soalan seperti itu berikutan belum berbadan dua selepas lebih lima tahun berumah tangga.

Pasangan mana yang tidak ingin mempunyai cahaya mata sendiri? Walaupun ada yang merancang keluarga pada awal perkahwinan, persiapan ke arah menambah ahli keluarga pasti ada selepas beberapa tahun.

Selepas terbiasa dengan soalan sebegitu, penulis sekadar tersenyum setiap kali ada rakan atau saudara-mara yang mengajukannya.

Hakikatnya, wujud pelbagai perkara di antara pasangan yang membuatkan mereka belum lagi menimbang cahaya mata. Genetik, tekanan, masalah kesihatan - selain belum dikurniakan rezeki antara punca mengapa pasangan yang lama berkahwin tidak mempunyai anak.

Jelas pakar kesuburan Sunfert International Fertility Centre, Dr Eeson Sinthamoney, faktor tekanan dan masalah kesihatan lazimnya menjadi punca utama kepada kegagalan hamil pada tahun pertama perkahwinan.

“Masyarakat kita dengan mudah menuduh pasangan yang belum mempunyai anak dengan gelaran mandul, tidak bermaya, tidak ‘berkuasa’ dan sebagainya. Setiap individu itu berbeza dan apa yang berlaku pada tubuhnya juga berbeza dengan orang lain.

“Bagaimanapun, dengan kepesatan dunia hari ini, ramai wanita yang belum hamil dikenal pasti mengalami tekanan, sama ada mereka sedar atau tidak.
“Masalah kesihatan juga memainkan peranan terutama bagi mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Genetik turut mempengaruhi walaupun peratusannya agak kecil.

“Saya rasa tidak mustahil untuk golongan ini hamil cuma mereka perlu perhatian khusus daripada pakar sakit puan untuk menanganinya,” katanya.
Tambah Dr Eeeson, apa yang membimbangkan ialah pasangan yang mengamalkan perancangan keluarga. Ia digalakkan apabila pasangan sudah mempunyai beberapa anak tetapi tidak disyorkan bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata.

“Ramai pasangan muda memilih mengutamakan kerjaya bagi mengukuhkan ekonomi keluarga sebelum memikirkan hal berkaitan anak. Makin ramai wanita yang kini hamil pada lewat usia 30-an, sedangkan 10 tahun lalu majoriti wanita berusia awal 20-an sudah mempunyai cahaya mata.

“Ia sebenarnya terpulang kepada pasangan terbabit tetapi dari tahap kesihatan dan kesuburan wanita terbabit, sebaik-baiknya berusaha dapatkan cahaya mata sebelum usia 35 tahun.

“Kesuburan wanita mula merosot apabila usia mencecah 35 tahun dan peluang untuk hamil secara semula jadi agak sukar. Biasanya, wanita akan mula menunjukkan simptom menopaus 10 tahun sebelum ia berlaku.


“Contohnya apabila seseorang wanita itu menopaus pada usia 55 tahun, dia akan mula mengalami masalah kemerosotan hormon dan ketidaksuburan ketika berusia 45 tahun.

“Tetapi dengan keadaan hari ini, makin ramai wanita yang mengalami menopaus pada usia seawal 40-an. Justeru, agak sukar untuk mereka hamil secara semula jadi apabila usia melewati 30-an,” katanya.


Jangan hanya salahkan wanita

Rata-rata meletakkan kesalahan pada wanita yang belum berpeluang hamil. Bagaimanapun, masalah ketidaksuburan ini juga boleh berpunca daripada lelaki.
Kajian global menunjukkan purata bilangan sperma dari 1930 hingga 1990 berkurangan hampir separuh.

Satu kajian dijalankan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur yang mengkaji keputusan analisis air mani daripada dua lelaki dengan perbezaan umur lapan tahun menunjukkan terdapat penurunan kualiti air mani sebanyak 43 peratus.



Keputusan analisis terbabit penting untuk pengkaji merumuskan bahawa keperluan rawatan kesuburan perlu ditingkatkan di negara ini.

“Satu pertiga kes ketidaksuburan ini membabitkan masalah kesuburan lelaki, jadi tidak adil apabila hanya wanita yang jadi tumpuan.
“Antara isunya ialah tahap kualiti sperma yang semakin merosot setiap tahun, sama seperti tahap kesuburan wanita.


“Biasanya masalah sperma tidak berkualiti ini disebabkan racun atau sumber kimia yang terdapat dalam air di samping faktor kesihatan seperti hipertensi, penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan obesiti,” jelasnya.

Kaedah persenyawaan invitro (IVF) adalah jawapan bagi golongan ini dengan mencatatkan kejayaan hamil antara 60 ke 70 peratus.
“Peluang hamil akan terus merosot setiap tahun. Pada usia 40 tahun, peluang itu akan berkurangan sehingga 20 peratus. Usia wanita amat berkait rapat dengan kesuburan, jadi sebaiknya dapatkan rawatan atau rundingan segera dengan pakar sakit puan.




“Selain dapat meningkatkan peluang hamil, wanita tidak perlu menjalani banyak rawatan atau mengambil ubatan yang tidak perlu, sekali gus mengurangkan bebanan kos,” tambahnya.

sumber: mymetro

lelaki perlu bertindak segera

masalah kesuburan bukan salah wanita sahaja...ia juga menjadi msalah lelaki..
kadar sperma lelaki semakin menurun setiap tahun..
so camne nak naikkan kadar kesuburan dan sperma untuk lelaki??

Lambat Dapat Zuriat@Anak,Salah Siapa?


khalifah-t terbukti di makmal mampu membantu masalah kesuburan lelaki dan mampu meningkatkan kadar sperma dalam lelaki..


bila minum khalifah-t nie..sperma pun menjadi semakin sihat dan aktif..

kelebihan khalifah-t

Lambat Dapat Zuriat@Anak,Salah Siapa?


nak beli khalifah-t?? wasap +60179345465


keywords
  • lambat dapat zuriat
  • lewat dapat zuriat
  • lambat dapat anak
  • lewat dapat anak
  • masalah kesuburan lelaki
  • masalah kesuburan perempuan



Comments

Popular Posts