Amalkan 10 Tips Gaya Hidup Sihat
Amalan gaya hidup sihat
1.
Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan
seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan
kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok
pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki
kesihatan dan menjimatkan wang anda.
2.
Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau
naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah
seseorang untuk menemani anda.
3.
Flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan
keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM®
setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan
nafas berbau.
4.
Untuk meningkatkan kesihatan seksual, kombinasi horny goat weed dengan damiana,
withania, ginseng, gingko, muira puama dan puncture vine boleh diambil sebagai
suplemen. Horny goat weed meningkatkan keinginan seks, manakala ginko dan
ginseng melegakan keletihan dan stres untuk kesihatan seksual yang lebih baik.
[wajib baca: khalifah-t,produk untuk lelaki]
5.
Sekiranya anda sudah menopaus, ketahui ketumpatan jisim tulang dengan membuat
pemeriksaan status tulang di farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah
mengakibatkan osteoporosis dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau
bagaimanapun, masih belum terlewat untuk mengambil kalsium, magnesium, zink,
mangan dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan asid
lemak perlu omega-3 dan omega-6 untuk kesan yang lebih baik!
6.
Mengalami kesan menopaus? Ambil suplemen yang menggabungkan black cohosh, red
clover, dong quai, soya dan sage setiap hari untuk melegakan ketidakselesaan.
Untuk keseimbangan hormon dan meringankan sindrom prahaid, ambilah vitex dengan
minyak evening primrose setiap hari. Ia mengurangkan kesakitan dan
ketidakselesaan!
7.
Kajian menunjukkan pengambilan zink membantu mengekalkan kesihatan prostat.
Zink mengandungi lebih daripada 300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka
dan mengelakkan parut. Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk
menguatkan akar dan mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada
daging merah, ayam, tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin
penuh dan makanan bijirin yang diperkaya.
8.
Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan
berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum
sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh
dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan
mengekalkan kecantikan kulit.
9.
Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu
mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan
malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun
menjelang malam.
10.
Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil
makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau
bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.
keywords
- gaya hidup sihat
- tips gaya hidup sihat
- tips kesihatan
- cara untuk hidup sihat
- amalkan 10 gaya hidup sihat
- amalkan cara hidup sihat
- amalan hidup sihat yang mudah
Comments
Post a Comment